Subscribe:

Friday, December 30, 2011

Kes Penipuan Photographer?

Saya banyak dengar pasal penipuan photographer ni. I've joined one group dekat FB. Pasal B2B la and kecoh pasal kes photographer tipu, tak datang time event. Scary mary! Ada kawan saya pun dah kena tipu sebab dah bayar deposit kat diorg. Bukan sikit tau! Tak takut ke diorg makan duit cenggitu. (ala.. diorg pandai buat, ape ada hal. Orang camni bukan dia takut jin, jin yang takut dia)

saya listkan beberapa photographer penipu yang saya baca dari kawan-kawan blogger:

1)Omar Farid Roslee


2) Mohd Fauzi Yusof (owner of soultan photography)

3) Syd Charice (Indahkarya Production)
taken form aku sendiri http://kerrythepinklover.blogspot.com/search/label/syd%20charice
and http://ladysyazza.blogspot.com/2011/12/beware-photographer-penipu.html

credit to : Story Behind the Wedding Project


Saya cerita kat en. Tunang and he advices me, " photographer ni orang tak amik sebarangan sayang. Ambil orang yang kita kenal, lagi baik ambil dikalangan kawan-kawan. Biar mahal sikit pun asal tak kena tipu"

So, conclusion, even kita nak cari yang murah, siasat dulu. Biar lah keluar duit sikit pun asal kita tak kena tipu. Wedding tu. Photographer SANGAT PENTING ok dalam event2x cenggini. Kahwin sekali seumur hidup beb! Harus lah yang terbaik. Mungkin lepas ni kena cari photographer dikalangan member2x pulak ke? Selain insyaAllah tak kena tipu, mungkin dapat tolong kawan-kawan. Who knows? ;)


Da~

Thursday, December 29, 2011

Budget untuk majlis

Budget tunang? First of all, saya nak share tips la. Saya rasa mungkin tak membantu sangat kut tips ni tapi apa2x pun, dari segi financial, it may helps bakal B2B sekalian. Budget saya... jeng2x... Roughly dalam RM3K. My expenses la. Tak banyak pun saya keluar actually. Tu pun sedikit demi sedikit. Kalau ikutkan untuk majlis bertunang yang "ada something".. RM3K tu boleh dikategorikan biasa sebenarnya. Banyak kena prepare. Saya nak buat simple tapi alih2x jadi tak simple atas campur tangan banyak pihak. Alhamdulillah sebab semua orang happy.

Kenapa RM3K? Ok. First of all untuk B2B, yang bakal bertunang ke, yang bakal berkahwin ke, yang bakal jadi momma ke.. yang paling penting sekali kena buat belanjawan. Seriously sangat penting tau belanjawan. Ni pun RM3K sebab banyak habis dekat baju, kalau tak boleh jimat lagi. Imagine that? Baju sebab saya nak ada element sentimental value je so that mungkin adik2x boleh pakai ke, anak saya nanti boleh pakai ke. InsyaAllah. So tak kisah mahal sikit. Being honest, baju saya pun dah plus minus RM800. Tu saya cakap, paling penting adalah belanjawan.

Belanjawan doesnt mean that u have to cut cost gila-gila. Depends pada kemampuan you. Set the target berapa u want to spend your money for the event. Kalau u kata u nak guna dalam range RM2K je. Possible! Possible if u buat belanjawan. Sebab saya ada kes, dimana kawan saya habis dalam RM3K plus for her event but she dont know tang mana duit tu dihabiskan. So, pity her. Kalau nak kawin simple2x macam just datang rumah macam merisik pun ok jugak. Depends pada individu masing-masing. Mungkin nak gempak sikit sebab anak sulong ke, first time nak merasa ada majlis besar2x.

Macam mana saya buat belanjawan. First saya senaraikan barang-barang hantaran dan approx. price for each of the items. Penting tau! You'll know how much expenses did you really put into the hantaran. Berbaloi or tak. U decide.

Pastu buat belanjawan untuk mini dais. Mini dais ni saya pernah survey paling murah pn RM500. Untuk apa kita sewa sedangkan kita boleh buat sendiri. Beli barang pun takkan sampai RM500. So dah boleh save kat situ.

Dari segi baju no comment la sebab I purposely buat mahal untuk simpanan. And I'm very particular about the dress and make up and so on.. Dari segi make up pulak. Mak aih, banyak yang RM300 over. Gila nak make up sekejapp je then nak bayar derang RM300? Cari punya cari, jumpa lah MUA dari alor gajah dengan offer price RM180 per session. Ok la. At least dah boleh save.

Catering ibu dan ayah tiri saya handle. Dah save kat situ. Pelamin DIY je. Hantaran DIY. Kalau saya nak listkan budget saya satu persatu.... PANJANG. Make sure... KENA BUAT BUDGET!

Saya puas hati sebab saya tahu duit keluar ikut mana. Majlis saya within budget. Yang penting, kepuasan hati berbaloi dengan pengeluaran wang. Buat budget tau!

p/s: saya siap ada buku belanjawan dan catatan untuk tunang dan kahwin lagi. Selamat berbelanja. Make sure buat belanjawan ok!! :)

Dugaan Bertunang?

Dugaan bertunang? Siapa kata ada dugaan angkat tangan? lalalalala. Alhamdulillah so far takde apa-apa lagi lah. Setakat gaduh skit2x.. merajuk skit2x tu adalah.. tapi takde menda besar-besar pun. Happy bila mana ramai kawan dah tunang. Rina, Erin, Kak Ruby, Zura, Sha. and etc. Ramai sangat sampai tak tersebut nama satu satu.

Untuk sesiapa yang rasa tunang banyak dugaan, sape yang takut untuk bertunang, fikir 1 benda je. Redha. If jodoh tu yg terbaik untuk kita, somehow, dia akan jadi jodoh kita juga dunia dan akhirat. Allah telah mencatat takdir kita sejak dari kita 4 bulan dalam perut ibu lagi. So, ape2x pun kena redha which I know that it's too hard to do.




Wish everyone all the best :)

Friday, December 23, 2011

Wedding Checklist

Checklist

Documents & Tests

Kursus Kahwin
HIV Test
Thallasemia Test
Legal Documents
Tok Kadi


Wedding Cards
Setem

Attires(Dress, Accessories, Shoes)

Solemnization
Dress 
Tudung Nikah
Accessories
Shoes
Hand Bouquet

Reception
Dress 
Tudung Nikah
Accessories
Shoes
Hand Bouquet

Tandang
Dress 
Tudung Nikah
Accessories
Shoes
Hand Bouquet

Payung Pengantin
Bunga Manggar 

Makeup Artist (MUA)
Solemnization
Reception
Tandang
Upah juruandam

Dias

Solemnization
Reception
Tandang

Entertaiment

Reception
Tandang

Food

Solemnization
Reception
Tandang

Door Gift

Reception
Paper bag

Photographer & Videographer

Pre-wed
Videographer
Solemnization
Photographer
Reception
Photographer
Videographer
Tandang
Photographer

Cake
Reception
Tandang


Khemah, Meja, Kerusi
Set meja beradap
Penanggah

Bilik Pengantin
Curtain
Bedsheet
Pewangi bilik
Karpet

Lain-lain

Dewan
Inai
Banner
Guestbook Corner
Candy Buffet
Honeymoon
House after get married
Spa
kos tempat penginapan
kos perjalanan rombongan pergi dan balik


Saya senaraikan je dulu. Mungkin it helps a lot for B2B macam saya. Goodluck!



Sunday, December 18, 2011

Part X - Kami pula. :')

Salam to all,




Kami lain, karakter, keturunan, cara hidup, gaya hidup. Kami keras kepala, kami menjaga satu sama lain. Kami kuat merajuk, kami pujuk masing-masing. Kami marah, kami redakan hati masing-masing. Kami simple, kami sentiasa percaya pendapat masing-masing. Kami tak sempat kenal dengan lebih lama macam orang lain. Tapi insyaAllah kami akan lebih mengenali jiwa dan hati budi masing-masing dijalan yang diredhai olehNya. Semoga semuanya selamat dari awal hingga ke penghujungnya. Kami mengharapkan doa kalian. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat. Amin.


Wassalam.

Part IX - Kenangan Bersama Mereka!

3 december 2011, segalanya berakhir. Alhamdulillah. Dengan segala cabaran, dugaan yang saya rasa amat hebat sekali. Saya dapat lalui walaupun bagi saya agak terkilan on certain things. Tapi alhamdulillah. Segala usaha berbaloi. Segala penat lelah, berbayar. Dengan kehadiran ramai orang, dengan pujian dari tetamu, dengan senyuman semua pihak, dengan ucapan Alhamdulillah. Saya bersyukur kehadrat Illahi. Majlis berjalan dengan lancar, tidak hujan, tu yang paling penting sekali sebab time tu Melaka selalu hujan petang. Alhamdulillah...

 1. Saya bersama ibu, mak tunang saya dan the only kakak tunang saya. :')


2. Bergambar bersama menantu dan bakal-bakal menantu.


 3. Saya bersama kesemua puteri dan bakal puteri ayahanda Samsudin

 4. Saya bersama bakal pengantin baru, Abang Jeff and Kak Farah


 5. Saya bersama kawan baik saya, Ramizah Ramli. :')


 6. Bergambar bersama adik beradik tunang saya  :)


 7. Bersama keluarga Samsudin


8. Bersama bakal mertua... kut? Amin. They're all great :)

Part VIII - Baju Seragam

some of us mungkin rasa menda ni tak perlu kut. Saya rasa macam best je kalau buat. Tiba-tiba ibu pulak yang beria nak anak2x dia sume pakai putih. Mula2x macam takut jgk tiba2x je ibu nak serba putih ni. Teringat kalau tengok cite2x rashid sibir kan.. ish2x.. simpang malaikat 44.

Hari kejadian:


Menarik kan padanan antara pink dengan putih. Barulah terserlah. Eh... sejak bila aku minat pink ni.. lol.

Bersama adik-adik kesayangan. Saya belikan dia. ape ye yg tampal kat baju tu.. haaaa... yang tu setiap adik kena ... no.. diwajibkan pakai. tapi gambar dengan ibu takde.. ibu busy sangat.. T___T

Part VII - Cincin tunang

Share lagi.. lagi dan lagi..


Simple kan? Alhamdulillah. Yang sengalnya, betapa gelabah sampai cincin risik tak pakai. LOL. >.<

Saturday, December 17, 2011

Part VI - Make Up Artist

Sewa veil dan aksesori dari MUA saya. This is the veil and the accessories. Menarik tak? :')



Ok lah. Ni kali kedua saya make up after first time dulu time Graduation Night. Time Gradnite tu ntah pape je make up. Rasa cam hantu je. Search punya search di internet, saya jumpa la sorg kakak ni. Banyak sebenarnya MUA di Melaka. Tapi tak sebanyak di KL lah. Semua charge mahal2x. Saya nak tunang je. Bukan kahwin. Ada yang charge RM300. Ade yang charge smpai RM500 sebab transportation charge ape sume. MAHAL! No.. No... No.. Semua benda nak save. So, at last saya dapat MUA saya. Walaupun bagi saya agak heavy and agak tebal, tapi ramai yang puji make up dia. Mungkin sebab saya tak biasa dengan make-up macam ni kut. Maybe?

See the results:


Lagi dan lagi..


Make up artist : Bazilah
Website : makeupartistbazelfizz.blogspot.com

Sape yang berminat, boleh contact MUA saya :)

Part V - Doorgift

Pelik tapi benar. Saya taktau pulak tunang kena bagi doorgift? Tapi ibu kata, kita sediakan lah doorgift. Oh! Tak pernah masuk pun dalam budget saya sebenarnya. Bincang punya bincang, ibu kata maklong punya idea, bagi doorgift. Apa lagi, saya macam biasa, cari kat internet doorgift apa yang sesuai dan comel dan save budget dan pelik dari yang lain. hmmmmm... At last saya terjumpa....


Taddddddaaaaaaaaaaaaa!!!
Apam Polkadotssss!!! Sooooooooooo niccccceeeeeeeeeeeeeee. Seriously!
Pastu kat dalam ada inti. Macam2x inti ada. Sangat best!
Saya tempah kat sini : cupcake-huda.blogspot.com

Kak huda baik sangat. Dia duk dekat ampang. saya beli 100pax, 1 pax tu ada 2 apam polkadots. Kira gambar kat atas ni untuk 1 pax la. 100 pax (200 apam) = RM120. Murah kan? Ni la doorgift budget saya. Die letak dalam bekas transparent macam bekas cupcake tu.

Doorgift saya yang lain :
- air kotak, cloud 9, Roka, etc. lupa. semua junk food la. tu ibu sponsor. hihihihi.

Bagus juga ada doorgift. Tunang saya cakap, "kitorg terkejut siap ada doorgift lagi, abang2x saya tunang semua takde doorgift pun. Thank you, sayang."

thank you ibu! Muaaaahhhhh!

Part IV - Baju Tunang

Salam!

Ok. Saya tau mesti topik ni yang paling merungsingkan perempuan-perempuan yang bakal bertunang. Kan? SANGAT RISAU!! sebab semua nak nampak comel, cantik, gebu, hot, kurus, kemas, haaaa.. ape lagi? Kesemuanya lah. Sewa pun mahal. Baik beli kain, then tempah je. Boleh buat kenangan. Sentimental value la katakan. hehehe. Saya pun search la contoh2x baju yang bagi saya cantik but simple. Senang cerita saya ni seorang yang simple lah orangnya. tak suka yang ada lace2x. Tak suka yang nampak macam nak kawen. Nak yang nampak.. "macam nice" je. So search punya search.. saya berminat yang ni:


Beli kain, anta tempah. Then seminggu lepas tu datang kat tailor.. SILAP BUAT!!!! *#^%$^%^
Saya rasa sedih la tapi tailor tu kata dia akan bertanggungjawab. Dont worry. Lepas tu saya dah macam fedup nak buat design sama. Saya cari pattern lain, last sekali tukar pattern baju kepada design ni:


Alhamdulillah, mendapat pujian dari ramai orang juga la. Simple but nice kan.. Tapi baju tunang la paling banyak saya kena keluar budget. Hmm.. Kira punya kira, baju tunang sahaja dlm RM700 (exclude tempah). Thank you to my fiancee sebab belanja tempahan baju RM370 sebab termasuk kain tambahan n etc. Berpeluh -.-"

But ok la, still boleh guna baju tu untuk event lain sebab tak nampak sangat macam baju tunang. lalalala..Afterall, saya sangat berpuas ati tapi kan.. Just nak share pada korang semua, actually, saya tersalah beli kain. Beli chiffon mahal. RM98 permeter. dan saya guna kain dalam 7meter lebih sebab kena buat serung la ape bagai sume. So untuk sape yang nak buat baju cenggini, anda boleh dapatkan kain chiffon lagi murah sbnrnye. Beli chiffon mahal membazir dan x kena sangat dengan design ni sebab tebal skit. So peringatan untuk saya dan semua. Beli chiffon yang nipis tapi die jatuh terletak. ade kat gulati's. Harga dalam RM30+ permeter. Jauh beza dengan RM98 :(

My bad.
Credit to Arma Couture sebab design dia sangat cantik dan sumber inspirasi saya untuk tempah baju tunang.

Quote #1

"Ingat, kita berkahwin untuk mencari redha Allah sebab sehebat manapun ibadah yang boleh anda lakukan, tanpa berkahwin anda tidak akan mendapat kelebihan mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami"

Part III - Mini Dais aka Mini Pelamin

Salam!

Mungkin ramai orang keep on thinking nak save budget untuk tunang la. Nak nampak cantik. Nak pelamin cantik. Nak itu. Nak ini. Tapi takde budget lah. Macam mana? hmm. Sama la macam yang saya penah fikir sebelum ni. Saya nak yang simple. Saya taknak sewa pelamin sebab sewa dalam beberapa jam, pastu nak kena pulangkan balik. Paling murah saya survey pun dah RM500. Banyak lagi menda lain yang saya boleh buat dengan harga RM500. So saya search la di internet contoh2x pelamin yang boleh DIY, simple but has to be very nice. Saya share satu design yang saya rasa simple tapi menarik sebab boleh DIY. Saya terjumpa di internet tapi lupa dah link ape. So takleh nak bagi credit. :(


Cantik kan? Tapi mungkin untuk sesiapa yang tak suka simple, nak grand.. mungkin tak minat kut? hehehe. Just share je. So kami (saya satu family) ambil contoh pelamin ni untuk decorate our own mini dais.. Hasilnya..... taaaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~


Simple je kan.. Tapi alhamdulillah.. Cost? Bunga besar 2 pasu tu memamg dah ada kat rumah sebelum ni. Bantal pun bantal lama just ibu jahit alas baru. Karpet ibu beli sempena rumah baru. Harga RM700 tapi actually bukan karpet untuk pelamin pun. Karpet rumah baru, pinjam je sekejap. Yang betul-betul beli untuk pelamin is kain organza total rm70. Beli bunga n benda alah kecik-kecik tu tak sampai RM150. So total ada la skit2x dalam RM200+ compare to RM500 kan.. Ok la. Boleh save. Sape nak tiru, boleh tiru. Simple and can DIY je. :)


Gudluck!

Friday, December 16, 2011

Part II - Hantaran Sebelah Lelaki

Salam!

Hantaran belah perempuan dah. Jom saya share hantaran sebelah lelaki kepada saya.


 1. Gula - gula


 2. Buah - buahan


 3. Sejadah


 4. Kain sepersalinan


 5. Kain sepersalinan II


 6. Chocolate


 7. Kek


 8. Telekung


9. Jam tangan Fossil


Supposedly 11 tapi dah tolak bekas cincin dan tepak sirih. Alhamdulillah. Kinda excited sebab biasanya tengok orang agih-agihkan barang hantaran kat saya. Kali ni giliran saya pula agihkan barang dekat orang. hehehe. Alhamdulillah. 


Thursday, December 15, 2011

Part I - Hantaran Sebelah Perempuan

Salam!

Tanggal 3rd December lepas, saya telah dilamar untuk menjadi tunangan kepada tunang saya sekarang. hehehehe. Nama dia Mohd Fakhorazi Samsudin. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan sangat lancar sekali. Hari sebelumnya dimana hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan saya sangat bimbang pada majlis yang akan berlangsung keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah ease my way. Terima kasih Ya Rabb.

Saya nak share gambar hantaran kami pada hari berkenaan. Actually tak share pun dengan orang lain. Ini antara hantaran sebelah perempuan.


 1. Chocolate (Beryl's)


 2. Sepersalinan kain baju melayu 


 3. Buah-buahan


 4. Tart nenas


5. Dodol Melaka


 6. Kek Chocolate


 7. Jam tangan Fossil


 8. Sejadah


9. Potpurri

10. Sirih Junjung + Tepak Sirih (Hiasan)


Banyak kan? Mulanya persetujuan hanya 7 berbalas 5. 7 dipihak perempuan dan 5 dipihak lelaki. Alih2x tunang saya cakap banyak orang nak tambah hantaran dia, so total dah jadi 11. Ibu satu family cakap kalau lelaki sebelas, kita xboleh la bagi 7. Tambah punya tambah, taddaaaaaa... jadi lah sepuloh! Semua hasil tangan ibu. Saya hanya buat part chocolate je. and Pakusu buat sirih junjung. Mesti tak caya kan tu hasil kerja seorang lelaki, Pak Usu.. kesayangan saya! =)



Wednesday, December 14, 2011

List of love songs

Lagu-lagu yang mungkin membantu anda untuk di play ketika event nanti ke? kan.. kan.. nak buat slideshow ke ape ke..

English songs
1. Everlasting love - Jamie Cullum
2. Everlasting Love - Gerald Joling
3. You're My Everything - Santa Esmeralda
4. From This Moment - Shania Twain
5. No One - Alicia Keys
6. You Got Me - Colbie Caillat
7. I Will Buy You A New Life - Everclear
8. Won't Let You Fall - Fergie
9. I Wanna Be With You - Mandy Moore
10. Angel Of Mine - Monica
11. Can't Take My Eyes Of You - Lauryn Hill
12. I Don't Wanna Miss A Thing - Aerosmith
13. Thank You For Loving Me - Bon Jovi
14. When You Say Nothing At All - Ronan Keating
15. If Tomorrow Never Comes - Ronan Keating
16. Everything I Do, I Do It For You - Bryan Adam
17. Feel - Robbie William
18. Something Stupid - Nicole Kidman feat Robbie William
19. I Need You - LeAnn Rimes
20. I Do - LeAnn Rimes
21. How Do I Live - LeAnn Rimes
22. Can You Feel The Love Tonight - Elton John
23. Eternal Flame - The Bangles
24. I Will Always Love You - Whitney Houstan
25. Let Just Fall In Love Again - Jason Castro
26. L.O.V.E - Joss Stone
27. You Sang To Me - Marc Anthony
28. I Want To Spend My Lifetime Loving You - Tina Arena feat Marc Anthony
29. I Want To Know What Love Is - Mariah Carey
30. I Live My Life For You - Firehouse
31. With You - Chris Brown
32. Because You Loved Me - Celine Dion
33. I Turn To You - Christina Aquilera
34. I Do (Cherish You) - 98 Degres
35. My Everything - 98 Degres
36. All I Have To Give - Backstreet Boy
37. I Wanna Love You Forever - Jessica Simpson
38. My All - Mariah Carey
39. You and Me - Lifehouse
40. I Knew I Loved You Before I Met You - Savage Garden
41 . Insatiable - Darren Hayes
42. My Baby You - Marc Anthony
43. Angel - Beyonce feat Kelly Rowland
44. I Do - Westlife
45. End Of The Road - Boyz 2 Men
46. Thank God I Found You - Mariah Carey feat Joe & 98 Degree
47. No One Else Come Else - Joe
48. Angels Brought Me Here - Guy Sebastian
49. Someone To Love - John B Feat BabyFace
50. Stick With You - The Pussycat Dolls
51. Its You That Matters - Reshmonu
52. One In A Million - Ne - Yo
53. Just The Way You Are - Bruno Mars
54. You'Ve Got a Way - Shania Twain
56. My Heart Will Go On - Celine Dion
57. I Swear - Nick
58. Truely, Madly, Deeply - Savage Garden
59. Perfect Two - Auburn
60. Marry You - Bruno Mars
61. My Destiny - Jim Brickman (recommend for Lagu potong kek)
62. Nothing Gonna Change My Love For You
63. Endless Love- Lionel Richie & Diana Ross
64. Next to u - Chris Brown feat Justin Bieber


Lagu Melayu
1. Izinkan - V.E
2. Cintamu - Dygta feat Ira
3. Semoga Abadi - Misha Omar
6. Pastikan - Siti Nurhaliza
7. Tercipta Untuk Ku - Ungu
8. Bertakhta Di Hati - Faradhiya
9. Larut - Dewa 19
10. Dealove - Once
11. Aku dan Kamu - BCL feat Ari Lasso
12. Sampai Menutup Mata -Acha
13. My Heart - Irwansyah feat Acha
14. Kau lah Segala nya - Hazrul
15. Seribu Tahun - Imran Ajmain
(Tak sure lah ini lagu love-love ke... tapi taram la...sedap!)
16. Sesucinya Cinta Mu - Anuar Zain
17. Kehebatan Cinta - Jamal Abdillah Feat Fransisca Peter
18. Ayat-ayat Cinta - Rossa
19. Bagaikan Bidadari - Tomok
20. Bahasa Kalbu - Titi DJ
21. Jangan Berhenti Mencintaiku - Titi DJ
22. Rindu Setengah Mati - D'Masiv
23. Penghujung Cintaku - Pasha Ungu Ft Adelia
24. Kau Aku - Aizat Hamdan
25. Susun Silang Kata -Aizat Hamdan
26. Cinta Antara Kita - Duta feat Baizura
27. Sedetik Lebih - Anuar Zain

Credit to Syima Syaz for the great links sayang :)

Tuesday, December 13, 2011

Kami !


Nama dia Mohd Fakhorazi bin Samsudin. Ada orang panggil faku la, ada yang panggil Wan la. As for me, saya lagi prefer panggil awak je. Simple and nice. Kenapa wan? Ceritanya lebih kurang lah macam cerita Ahmad Albab. Kuat menangis, mungkin tak kena dengan nama dia sendiri kut. Akhirnya bila dapat gelaran wan baru lah okay. Hehehe. Ad juga orang macam ni kan. Sorry awk. hehe. Dilahirkan pada 25hb April 1987 di kampung beliau, Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Manja juga la tapi manja dia tak macam manja anak bongsu lain. Garang dan tegas orangnya tapi dia sangat soft hearted dan sangat menjaga saya. Thank you awak.




It's me! Nama saya Noor Hazirah Mohd Hamdan. Ramai orang panggil saya Gie. Tapi nama panggilan dirumah ieya. Tiada specific reason kenapa ieya. Pilihan ibu kut? Dilahirkan pada 11hb Jun 1987 di Klang, Selangor. Tapi saya lebih memilih untuk mengatakan saya dari Terengganu sebab saya boleh bercakap dialek terengganu dengan baik sekali. Tapi currently saya menetap di Melaka. Panjang pula ceritanya. Abaikan. hehehe. Saya merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Same as wan. Saya pun seorang yang garang. Outspoken. Senang untuk orang terasa dengan saya bila saya dah start buka mulut. Tapi orang kata saya seorang yang lembut. Ahaaiii.. Muka lembut kut. Saya soft hearted. Tapi keras kepala. Sangat keras kepala. Semoga lepas ni saya akan lebih lembut sama sepertimana expectation orang lain terhadap saya.